Yang bernama Ken Kamaruddin

My photo
Saya orangnya biasa biasa aja. Graphic design dah menjadi darah daging. Suka ketawa dan bencikan cicak.
Buat blog ni semasa putus cinta. senyum

Sunday, 6 March 2011

Watercolor

Watercolor memang selalu buat aku rasa diri macam loser. Tenyeh makeup kat muka sendiri pun 1 masalah besar bila nk koordinasi kan tangan dengan minda, apa lagi bila nak bermain dengan warna ni. Medium paling aku rasa lost skali nak guna. Ni la antara sampah sampah yang aku berjaya hasilkan. Yang elok sikit semua tak ada dalam simpanan. ( ayat sedapkan hati )

Meja aku yang bersepah di Kolej Seroja

Ni work time diploma. First guna watercolor, sebelum ni kat sekolah pakai Buncho je. Itu pun da rasa hebat gila.

Quality gambar memang teruk. Tembak guna mp4 je kot.

Ni memang stock mahu siap je. yang kanan dua tu work kegemaran aku.
Tapi lupa nak tembak untuk kenangan.

Aku memang tak ada motif lukis ni. hahaha


Time part 3 degree aku amek Watercolor sebagai subjet elective, aku nak masuk Marker Rendering sebenarnya, tapi time tu department industrial design dah tak offer subject tu. Disebabkan subject lain dah full, aku dengan rela hatinya masuk kelas watercolor ini dengan harapan boleh polish skill. Tapi kejenya ponteng memanjang, tu yang lukisan kelaut tu ;p


Still life yang macam bangang

Bukit Cahaya Seri Alam ( Dulu Bukit Cerakah )

Masjid Shah Alam

Ni redo punya version kot

Gambar homeless pakcik kat Jonker Walk

Final Task. Time hantar work ni dah lambat. Kena bebel dengan Ms. Nadia.
 Dia cakap nak fail kan aku sebab dah 5 kali tak dtg kelas.
Tapi alhamdulillah, result tak gempak tapi sangat bagus untuk aku yang
tak berkomitmen langsung dlm kelas.
 Thanks Ms. Nadiah 

Thursday, 3 March 2011

Diploma Show 2009

Ini Kerja kerja major time Diploma Show. Sebab kecintaan aku pada yeyen ( arwah kucing kesayangan ) so aku pilih Malaysian Cat Club sebagai subject matter untuk di rebrand kan.

Yeyen, ini ken buat untuk yeyen



Okay cukup dengan benda sentimental yang kadang kadang melemahkan jiwa raga ni. Ini lah hasil nya. Yang dekat hujung hujung tu semua kerja kerja malas. Ada yang tak pergi proceed dekat lecturer pun.hehehe


















Time assessment. Cuak gile selama dua hari tapi tak de lecturer pun nak assess aku. Aku tak pernah kena panggil pun. hahahaa.


Dapat port tepi dinding
Patung patung tu En. Yus punya. En. Yus banyak tolong aku. Thanks En. yus!

Time Diploma Show kena aku kena bawa pindah display kat gallery. Time pengarah datang tengok work aku gi makan kat cafe pulak. Adeh


Work aku Uitm display time KL Design Week 2010






Wednesday, 2 March 2011

Poster Poster Poster

Poster pulak dah. hahaha. Ni ja yang masih ada dalam simpanan.

Poster ni aku design untuk batch aku time part 5 2009 kalau tak salah. Pixel Playground adakan event dan Saviour turut serta. Aku memang suka mengelak buat kerja-kerja yang perlu berkomunikasi dengan manusia ni. So, bila ada kerja design cepat-cepat aku offer diri ;p


Tutup
Buka!

Poster ni untuk Project Management part 3 degree ( tahun lepas ) . Poster ni sebenarnya ada teaser 4 siri . Designnya pop up sikit. Ambil inspirasi anak patung kertas time zaman berhingus dulu.

Yang gantung gantung tu boleh gerak gerak tau!

Yang ni untuk kelas art direction sem lepas. Si gorgeous En. Zul suruh buat poster yang melambangkan group members. So i came up with this. Sakit jugak lah nk buat sebab pen tablet aku yang murah tu rosak. Buatlah guna tetikus cikai. Aku memang suka gune ilustrator ja. Kalau tengok betul betul ilustrasi gambar group member dengan barang barang kegemaran masing masing. Yang atas sekali itu aku. hehehe

Potent Coterie nama group kami time tu. Poyo kan?
Itulah kerja personal copywriter aku Cik Kamilyia Latib :)

Vivacious : Narita
Zealous : Aiden Aziz Stanford
Mellow : Melon Abas
Frisky : Kamilyia Latib
Poised  : Ken Kamaruddin

Time ni aku group dengan si copywriter tercinta. Kalau die tak ada tak termampu rasanya aku nak mengangkut batu batu dan tanah segalanya tu. Tangan ni pun dalam simpanan dia sekarang.Tak nak aku simpan! Ni untuk kelas En. Zul jugak. Masuk Kancil Award, untuk celcom. Tapi tak menang rasanya. Kalau menang mesti diaorg dah contact dah kan?

Terkejut awek tu tengok

Depan fac

Toilet paling bersih dalam Uitm dekat Dewan Seri Budiman

Triangle FSSR



Poster sem lepas untuk Project Mangement 2 . Group project, kami buat awareness campaign for STD (Sexual Trasmitted Desease). Character itu agak metafor jugaklah. Fikir-fikirkanlah. hehehe

100% Ilustrator lagi ;)

Okay aku da malas dah nak korek korek cari work. So yang ni last poster untuk post ni. Ni poster untuk teaser Kuala Lumpur, Aku Okay . Ada dikeluarkan buku juga untuk membantu dana penghasilan filem KLOAK ni. Belilah sebab murah sahaja, yang penting ada nukilan best best dari penulis penulis yang aku kira sangat cool