Yang bernama Ken Kamaruddin

My photo
Saya orangnya biasa biasa aja. Graphic design dah menjadi darah daging. Suka ketawa dan bencikan cicak.
Buat blog ni semasa putus cinta. senyum

Friday, 12 August 2011

" Painting is just another way of keeping a diary. "   
~Pablo Picasso 


Hai kawan-kawan, sekarang ni aku sedang sibuk praktikal di NSTP Bangsar, jadi memang tak ada masa nak buat benda-benda lain. Bukan nak kata busy sangat kerja, tapi biasalah pergi pagi balik petang memang rutin orang bekerja. Environment kerja yang sesuai untuk settled down.(dapat story pukul 11 then boleh balik lepas pukul 3 petang). Best kan?

Kadang-kadang bila aku dah habis kerja atau tak dapat story lagi, (bila tengok PC pun nak muntah)  macam biasa, tabiaat menconteng kembali. Lukis pun sorok-sorok sebab meja aku betul-betul dekat laluan orang nak keluar dan pergi pantry. Segan. Like always, dalam buku kesayangan yang tak habis-habis helaiannya tu.

Aku memang suka-suka hati aku ja nak lukis apa. Contengan yang tak guna otak hanya guna emosi. Tapi kalau dilihat bukan dengan mata kasar mesti boleh interpret feel aku pada setiap satu contengan tu dan aku percaya setiap seorang punya interpretasinya sendiri. 

Jadi, marilah berkomunikasi visual dengan aku.



Perempuan ni sebenarnya tak siap.
tapi kebuntuan menyebabkan aku  menipu diri sendiri
dengan mempercayainya dah siap. aku memang psycho.

Pasangan ni memang kelihatan tegang kan?

Pakcik ni........... ok tak tau nak tulis apa. heee


" For me, painting is a way to forget life. 
It is a cry in the night, a strangled laugh. "

~Georges Rouault